Tasik Villa International Resort,
Port Dickson
7 Jun 2022
Dari Lexis kami menuju ke Tasik Villa yg mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dari Port Dickson. Ia terletak dalam kawasan Lukut. Disebabkan kami sampai awal, jadi kami ronda-ronda dulu sekitar resort tapi nak ronda keseluruhan villa kene check in dulu sebab nak naik buggy..kalau jalan kaki memang penat sebab luas juga kecuali memang nak jogging atau exercise.
Kami check in bilik deluxe jacuzzi sebab nak view tasik, nampak direct fountain dan ada jacuzzi kat beranda. Bilik sangat luas..ada 2 bilik air..ada ruang santai kat beranda sambil tunggu anak2 berendam dlm jakuzi dan makan2 kat beranda sambil sedut udara tasik..really superb n awesome..
Jakuzi boleh tukar2 watna pada waktu malam..anak2 memang puas hati berendam sampai malam..bamgun pagi berendam lagi..puas hati sungguh kali ni..
pada jam 9 mlm ada fountain show selama 15 minit siap dgn muxik iringan..ala2 Dubai gitu..boleh la feel2 duk Dubai n verangan kejap..hihi
Petangnya byk aktiviti boleh buat bersama keluarga seperti main chess, paddle boat, naik basikal dan naik buggy ronda seluruh resort. Seronok betul semua naik paddle boat pusing tasik..kalau nak mandi kolam besar pun boleh tapi byk sgt aktiviti..so boleh ikut kesukaan masing2
Kebetulan juga ada shooting drama kat area main paddle boat..nampak la Fahrin Ahmad, Adriana dan pelakon lain.
Makanan breakfast sini byk pilihan cuma perut org Pantai Timur ni tak tahan pedas, balik rumah anak2 dah sakit perut sebab tak tahan pedas..ada yg demam sbb lama sgt berendam kot..2 hari lepas tu semua dah sihat dan bersedia untuk kembali ke sekolah semula.
Jika ada yg bercadang ke sini, boleh booking kat laman web tasik villa sebab byk jg yg personal jika beli melalui agoda atau aplikasi lain.